Dia si insan yang cuba mengubah dunia mengikut arus dirinya.
Dia alpa.
Dia lupa.
Dia tidak sedar.
Realiti dunia.
Berputar mengikut putaran yang sempurna dengan hukum alam sudah sekian terbina.
Cuma dia.. Cuma dia yang tidak mengerti.
Masih berada dalam dunianya yang sendiri.
Kelam. Gelap. Tiada cahaya.
Masih mendengar bisikan-bisikan nafsu diri yang tidak dapat dia kawalnya lagi.
Mungkin hanya cahaya yang menanti, iaitu cahaya ilahi.
Memangilnya kembali.